Sensor CMOS 1 inci baharu dan apertur f/2.0 pada Osmo Pocket 4 menghasilkan kesan bokeh yang lembut, menjadikan potret kelihatan lebih jelas dan berdimensi. Dengan julat dinamik 14 hentian serta profil warna 10-bit D-Log, kamera ini mampu merakam perincian yang kaya dan warna yang lebih semula jadi, walaupun dalam suasana berkontras tinggi seperti di tepi laut atau ketika senja.
Kualiti Imej Unggul
Bahasa Melayu
Paparan Lebih Tajam Dengan Zum Tanpa Kehilangan Kualiti
Nikmati zum 2× tanpa kehilangan kualiti [4] untuk rakaman yang kekal tajam dan jelas walaupun dari jarak jauh. Tekan butang zum khusus sekali sahaja untuk beralih antara paparan 1× dan 2×, lalu rakam setiap momen seperti yang anda bayangkan.
Slow Motion Ultra HD
Rakam dalam 4K/240fps [1] untuk memperlahankan momen-momen menggembirakan dalam kehidupan, sambil mengekalkan setiap bingkai dengan gerakan yang lancar dan perincian yang tajam.
Momen Indah Sentiasa Dalam Bingkai
Kompak dan mudah dibawa, Osmo Pocket 4 merakam segala-galanya, daripada momen bersama keluarga hingga pengembaraan perjalanan, serta sesuai untuk vlog dan siaran langsung. Untuk kehidupan yang penuh dengan momen spontan, anda memerlukan kamera yang sentiasa bersedia.